Friday, November 6, 2009

CALON-CALON ULANGAN TEMPOH PERALIHAN BIL 2/2009

Assalamualaikum wbh, salam sejahtera.

Calon-calon tempoh peralihan TK3 DG44 ( P&P / P&T)

Saya akan membuat perbincangan tentang tajuk-tajuk untuk Kertas Projek (Generik)

Saturday, July 26, 2008

PERSEDIAAN AWAL..

Semua calon kursus PTK Dg44 telah menerima surat panggilan kursus sebulan lebih awal. Dalam tempoh sebulan mereka dikehendaki menyediakan diri dengan pelbagai persediaan termasuklah menyiapkan satu artikel Tugasan Individu (TI) sepanjang 20 halaman. Sebenarnya, bukan TI sahaja yang perlu disiapkan, calon kursus perlu menyediakan diri dalam hal-hal seperti berikut :

1. PSK ( Penilaian Sepanjang Kursus )
Terdapat tiga komponen utama PSK iaitu:
- Persembahan Individu
- Pengucapan Awam
- Persembahan Berkumpulan

2. UAK ( Ujian Akhir Kursus )
UAK ialah ujian bertulis mengandungi 4 soalan dari 4 bahagian dilaksanakan pada hari akhir kursus.
- 2 jam 30 minit
- 4 soalan drp 4 bahagian A,B,C dan D

Dua komponen utama ini perlu dikuasai sepenuhnya oleh calon kursus sebelum mereka menghadiri kursus. Walau bagaimanapun, dalam tempoh sebulan masa yang diberi, ramai calon telah mengabaikan dua komponen utama di atas. Mereka hanya bertungkus lumus menyiapkan TI. Tumpuan mereka hanya untuk menyiapkan TI tanpa memikirkan bahawa selain TI dua komponen di atas sangat perlu diberi perhatian khusus.

Oklah..saya sambung nanti, ada hal sikit ni. Jangan bimbang, saya akan cuba bantu anda! relaksla...
Blog ini khusus kepada semua guru Malaysia yang bakal menghadapi tsunami PTK yang mengganggu ketenteraman jiwa..hehe